'Pengadu tunjuk mesej, gambar lucah Ebit' - Firdaus Wong

Firdaus Wong ketika hadir menjadi saksi ketika sambungan perbicaraan kes Ebit di Mahkamah Majistret Tenom, pada Selasa.
Firdaus Wong ketika hadir menjadi saksi ketika sambungan perbicaraan kes Ebit di Mahkamah Majistret Tenom, pada Selasa.
A
A
A

TENOM - Saksi ketiga yang juga pendakwah bebas, Firdaus Wong memberitahu Mahkamah Majistret Tenom pada Selasa bahawa beliau melihat secara langsung mesej dari telefon bimbit pengadu dalam kes membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Firdaus Wong atau nama sebenarnya, Firdaus Wong Hai Hung, 39, berkata, beliau melihat mesej dan gambar lucah dalam perbualan antara Ebit dengan pengadu daripada aplikasi WhatsApp pengadu.

"Saya bertemu dengan pengadu dan suaminya pada 7 Ogos 2021 selepas waktu Isyak. Mereka meluahkan perasaan sedih dan marah terhadap apa yang berlaku. Saya ditunjukkan oleh pengadu menerusi telefon bimbitnya perbualan WhatsApp antara beliau dengan Ebit Lew.

"Perbualan itu saya nampak bukan dari tangkap layar tetapi secara langsung dari aplikasi WhatsApp itu sendiri," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria.

Ketika ditanya apa mesej dan gambar yang beliau lihat dalam aplikasi WhatsApp pengadu, Firdaus memaklumkan bahawa ada rakaman suara dan beberapa mesej yang dilihatnya.

Antara mesej dan gambar lucah yang saya lihat di telefon bimbit pengadu adalah seperti berikut, voice note dari Ebit Lew 'tunjuk kaki sikit, tunjuk kaki sikit', 'minta husband you ceraikan you, I bayar dia'.

"Saya juga melihat gambar kemaluan lelaki di dalam perbualan antara pengadu dan Ebit Lew. Itu antara yang saya boleh ingat setakat ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ebit keluar dari Mahkamah Majistret Tenom selepas mahkamah berehat dan akan disambung semula pada jam 2.30 petang Selasa.
Ebit keluar dari Mahkamah Majistret Tenom selepas mahkamah berehat dan akan disambung semula pada jam 2.30 petang Selasa.

Perbicaraan berehat pada tengah hari dan akan disambung semula pada jam 2.30 petang.

Ebit, 37, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim diwakili barisan peguamnya, Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Sementara itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia.

Ebit sebelum itu berhadapan dengan berhadapan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!