Tukang gunting mengaku tidak salah menyamar pegawai polis

Premantharan Pillai Vijayantharan didakwa menyamar sebagai pegawai polis di Mahkamah Majistret Kulim pada Selasa.
Premantharan Pillai Vijayantharan didakwa menyamar sebagai pegawai polis di Mahkamah Majistret Kulim pada Selasa.
A
A
A

KULIM - Seorang tukang gunting rambut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menyamar sebagai pegawai polis bagi mendapatkan RM5,000 sebagai dorongan membantu membebaskan seorang tahanan lokap.

Tertuduh, Premantharan Pillai Vijayantharan, 44, dituduh memperdaya Munesswary Maniam, 47, untuk mempercayai dia sebagai pegawai polis dan akan membebaskan tahanan lokap dengan menyerahkan wang sebanyak RM5,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Cawangan Kulim dengan menggunakan nombor akaun atas nama Malathi Kesavan, 24, pada 11 Disember lalu pada jam lebih kurang 3.21 petang.

Majistret Mirza Mohamad kemudian memerintahkan tertuduh dibenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 29 Januari depan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah seksyen yang sama.

Mahkamah sama turut memerintahkan tertuduh kedua, Malathi Kesavan membayar denda RM900 atau penjara satu bulan setelah mengaku salah membenarkan akaun bank digunakan tertuduh pertama yang dipercayai sebagai pegawai polis.

Malathi Kesavan mengaku salah membenarkan akaun bank digunakan Premantharan Pilllai yang dipercayai sebagai pegawai polis.
Malathi Kesavan mengaku salah membenarkan akaun bank digunakan Premantharan Pilllai yang dipercayai sebagai pegawai polis.

Mengikut pengakuan, ibu kepada seorang anak itu menyedari akaun bank miliknya digunakan untuk tujuan kemasukan wang sebanyak RM5,000, namun tidak dapat memberi keterangan dari mana diperolehinya.

Artikel Berkaitan:

Oleh yang demikian tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nursalwati Wan Kamarul Ariffin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!