Khuzaimi sah milik Selangor

Ahmad Khuzaimi (kiri) bakal memperkuatkan benteng pertahanan Selangor.
Ahmad Khuzaimi (kiri) bakal memperkuatkan benteng pertahanan Selangor.
A
A
A

SELANGOR FC tidak main-main untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan apabila mengumumkan tonggak pertahanan Harimau Malaya, Ahmad Khuzaimi Piee sebagai pemain baharu pasukan tersebut.

Perkara itu diumumkan Selangor FC menerusi laman Facebook rasmi pasukan pada Selasa yang turut memuat naik video aksi Khuzaimi bersama pasukan lamanya dan skuad negara.

"Selamat datang ke Selangor FC, Khuzaimi," tulis Selangor FC di laman Facebook mereka.

Pemain berusia 29 tahun itu merupakan bekas pertahanan Negeri Sembilan FC yang menjadi tonggak penting membantu pasukan berada dalam kelompok empat terbaik Liga Super dan mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia musim lalu.

Pemain kelahiran Melaka itu telah tampil sebanyak 23 kali bersama Negeri Sembilan musim lalu selain pernah beraksi bersama beberapa pasukan seperti Melaka United dan UiTM FC sepanjang kariernya.

Kehadiran Ahmad Khuzaimi ke Selangor FC itu sekali gus memantapkan benteng pertahanan skuad Gergasi Merah selepas turut mengumumkan kehadiran bekas pertahanan kiri PJ City FC, Ruventhiran pada Ahad lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!