Anjing hanyut di tengah laut Thailand diselamatkan pekerja pelantar

Boonrod diberi minum oleh seorang pekerja pelantar. - Foto Viral Press
Boonrod diberi minum oleh seorang pekerja pelantar. - Foto Viral Press
A
A
A

BANGKOK - THAILAND. Seekor anjing yang hanyut sejauh 220 kilometer dari pantai Thailand berjaya diselamatkan sekumpulan pekerja pelantar.

Dalam kejadian Jumaat lalu, anjing kecil itu diselamatkan pasukan penggerudian minyak Eksplorasi dan Pengeluaran Chevron Thailand apabila ia kelihatan berenang berhampiran sebuah platform penggerudian di Teluk Thailand, wilayah Songkhla.

 Anjing diberi nama Boonrod itu kelihatan berenang berhampiran sebuah pelantar penggerudian sebelum diselamatkan. - Foto Facebook Vitisak Payalaw
Anjing diberi nama Boonrod itu kelihatan berenang berhampiran sebuah pelantar penggerudian sebelum diselamatkan. - Foto Facebook Vitisak Payalaw

Tidak dapat dipastikan bagaimana anjing tersebut boleh hanyut di tengah laut namun ia dipercayai terjatuh daripada bot pukat tunda.

Diberi nama Boonrod yang bermaksud ' yang terselamat', ia diberi makan dan minum sebelum dipindahkan ke sebuah kapal minyak yang melalui kawasan tersebut bagi dihantar ke sebuah pusat veterinar di selatan Thailand. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!