Lima mayat kapal tentera laut Thailand berjaya ditemui

Anggota penyelamat membawa salah seorang mangsa kapal tentera laut Thailand yang karam di Teluk Thailand pada Ahad lalu. -Foto AFP
Anggota penyelamat membawa salah seorang mangsa kapal tentera laut Thailand yang karam di Teluk Thailand pada Ahad lalu. -Foto AFP
A
A
A

PRACHUAP KHIRI KHAN - Lima mayat telah dijumpai dan seorang dilaporkan terselamat selepas sebuah kapal tentera laut karam sejak dua hari lalu di Teluk Thailand, kata tentera laut.

Seramai 76 anak kapal dari kapal perang HTMS Sukhothai telah karam pada Ahad iaitu kira-kira 37 kilometer dari pantai tenggara negara itu.

Jurucakap tentera laut berkata, sehingga kini terdapat 24 anggota masih hilang.

Setakat ini, helikopter, dua pesawat dan empat kapal HTMS Kraburi, HTMS Angthong, HTMS Naresuan dan HTMS Bhumibol Adulyadej telah dikerahkan mencari mangsa pada Selasa.

Komander Tentera Laut Diraja Thailand, Choengchai Chomchoengpaet memberitahu sidang media di Bangkok bahawa empat mayat lelaki telah ditemui.

Tentera laut kemudian mengemas kini jumlah tersebut kepada lima mayat.

"Kami akan meneruskan sehingga misi selesai dan membawa pulang anggota kami semula," kata Choengchai.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!