Menteri jamin rumah, harta benda mangsa banjir selamat

Keadaan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Rendah Kuala Besut Satu selepas kawasan sekitar dilanda banjir sejak Selasa. - Foto: Bernama ( Gambar kecil : Saifuddin )
Keadaan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Rendah Kuala Besut Satu selepas kawasan sekitar dilanda banjir sejak Selasa. - Foto: Bernama ( Gambar kecil : Saifuddin )
A
A
A
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan bahawa rumah dan harta benda mangsa banjir berada dalam keadaan selamat.

Tegasnya, pasukan polis telah diarahkan untuk memantau keadaan di kawasan banjir ketika mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

"Mangsa banjir tidak perlu bimbang mengenai keselamatan tempat tinggal dan harta benda mereka," katanya ketika sidang akhbar selepas majlis pelancaran Misi Bantuan Banjir Kementerian Dalam Negeri ke Pantai Timur pada Rabu.

Menurutnya, kementerian turut memberi jaminan akan memudahkan proses permohonan dokumen pengenalan diri dan passport yang hilang atau rosak bagi mangsa banjir.

"Buat masa sekarang keutamaan adalah nyawa dan harta benda, sekiranya keadaan banjir reda kementerian dan agensi di bawah KDN akan segerakan untuk dapatkan dokumen ganti tanpa sebarang caj," ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Menteri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan pegawai-pegawai kanan kementerian.

Misi Bantuan Banjir ke Pantai Timur itu turut melibatkan agensi KDN dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia.
Artikel Berkaitan:


Sebanyak 1,000 kotak bakul makanan di bawa dalam misi tersebut untuk diserahkan di dua PPS iaitu di Sekoloah Kebangsaan Alor Pasir, Tanah Merah dan Sekolah Kebangsaan Dewan Besar, Machang.

Bakul makanan ini terdiri daripada barangan makanan sedia di makan iaitu seperti cornflakes, biskut, roti, sardin, air mineral, air kotak, biskut, kopi dan sebagainya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!