Banjir Kelantan: 18 jalan masih ditutup kepada semua kenderaan

Beberapa laluan di Rantau Panjang masih ditenggelami banjir pada Selasa. - Foto SMART
Beberapa laluan di Rantau Panjang masih ditenggelami banjir pada Selasa. - Foto SMART
A
A
A

KOTA BHARU - Sebanyak 18 jalan di Kelantan masih ditutup kepada semua kenderaan akibat banjir melibatkan jajahan Pasir Mas, Kuala Krai dan Machang.

Mengikut laporan ebanjir.kelantan.gov.my, terdapat 15 laluan di Pasir Mas masih ditutup iaitu Jalan Pengkalan Rakit-Batu Karang, SK Gual Tok Deh, Tok Deh-Gual Periok, Panglima Bayu-Rantau Panjang-Jeram Perdah, Kota Bharu-Pasir Mas-Rantau Panjang (Kalbot Lima) dan Banggol Kulim-Rantau Panjang.

Diikuti Jalan Bunga Raya, Lubok Kiat-Kubang Kuau, Sekolah Cina, Tanah Merah-Lubok Jong, Bukit Tuku-Batu Hampar, Kota Bharu-Pasir Mas-Rantau Panjang (Jambatan Lubok Jong), Pasir Mas-Pohon Tanjong dan Panglima Bayu-Rantau Panjang-Jeram Perdah.

Bagi Kuala Krai pula ia melibatkan dua laluan iaitu Jalan Jirat, Kampung Baru Pagi dan Bukit Sireh-Kampung Bedal-Kuala Nal.

Di Machang pula hanya satu laluan ditutup kepada semua kenderaan iaitu Jalan Paloh Rawa-Belukar Panjang.

Enam lagi laluan ditutup kepada kenderaan ringan sahaja iaitu satu di Machang melibatkan Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata.

Dua laluan di Pasir Mas iaitu Jalan Bakat-Kubang Kuau dan Banggol Setol-Banggol Kong.

Tiga di Pasir Puteh iaitu Jalan Pasir Puteh-Semerak, Pasir Puteh-Jelor (berhampiran Petron) dan Pasir Puteh-Jelor (Kampung Tasek Pauh).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!