Banjir: 46 jalan masih ditutup di Terengganu
Menurut Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kerja Raya Negeri, ia terdiri daripada daerah Hulu Terengganu, Setiu, Kemaman dan Besut, yang merupakan daerah paling terjejas akibat bencana.
Di Besut jalan yang ditutup kepada semua kenderaan ialah Jalan (Jln) Jertih-Kuala Besut di Kampung (Kg) Cawat-Kg Nail; Jln Jertih-Kuala Besut di Kg Nangka; Jln Bulatan Che Selamah-Kg Raja di Sekolah Kebangsaan (SK) Tembila, Jln Bulatan Che Selamah-Kg Raja di Kg Tembila; Jln Jertih-Keruak; Jln Pelagat-Lata Tembakah dan Jln bawah jambatan Jertih.
Jalan lain termasuk Jalan Tok Sabah/Gertak Seratus; Jln Tok Dak/Batu Putih/Batu Tumbuh; Jln Jawek/Tok Raja/Alur Lintah; Jln Jawek/Tok Raja/Bukit Tumbuh; Jln Renek/Tembila; Jln Bukit Kenak/Gong Terap; SMK Sungai (Sg) Nering/Nyor Tujuh; Jln Kuala Kubang/Lata Belatang; Jln masuk Air Panas La dan Jln Air Panas La-Felda Tenang.
Sementara Jalan Jertih-Keruak di Kg Cerang Meling; Jln Alur Lintah/Kg Pinang/Kg Mak Ka; Jln Gong Kepas/Batu Tumbuh/Tembila di daerah itu ditutup kepada kenderaan ringan.
Di Hulu Terengganu pula jalan yang ditutup kepada semua kenderaan ialah Jln Batu 24-Pengkalan Ajal; Jln Matang/ Nibong/Kuala Telemong; Jln Kg Pueh-Tapah-Payang Kayu-Baung-Kuala Ping; Kg Pelam/Bukit Lawang; Jln Bukit Jak/Kuala Perah/Kuala Ketir; Jln Ajil-Kuala Berang di tempat pelupusan sampah; Jln Ajil-Kuala Berang di Kg Paya Besar; Jln Simpang Gaung-Sungai Tong; Jln Bukit Diman- Tersat dan Jln Kuala Berang-Sekayu-Belukar Bukit-Felda Mengkawang.
Dalam pada itu di Setiu, Jln Permaisuri-Seladang; Jln Pengkalan Merbau/Pelong dan Jln Kg Bukit-Alur Lik ditutup kepada semua kenderaan berat, manakala Jln Chalok/Bukit Putera/Telaga Papan dan Jln Pengkalan Merbau ditutup kepada kenderaan ringan.
Di Kemaman jalan yang ditutup kepada semua kenderaan termasuk Jln Cukai-Air Putih di susur keluar tol Chukai ke Pasir Gajah ; Teladas-Air Putih dan Pelatoh-Lubuk Lesong.
Selain itu Jln Seri Bandi di Jln Mawar; Jln Seri Bandi di bawah flyover Lebuhraya Pantai Timur (LPT); Jln Air Putih; Kertih 5-Batu Putih-Kertih di Kg Pengkalan Ranggon; Kertih 5-Batu Putig-Kertih di Hotel Damansara; Jln Payoh-Kemasek; Paman-Ibok; Lubuk Lesung dan Jln Jerangau-Jabor hanya ditutup kepada kenderaan ringan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!