Kuasa kawal selia gas diserahkan kepada Sabah

Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto Bernama
Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan memutuskan kuasa kawal selia bekalan gas di Sabah dipindahkan kepada kerajaan negeri itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu diputuskan di dalam mesyuarat kabinet pada Rabu.

"Tarikh pelaksanaannya masih menunggu kelulusan Yang di-Pertuan Agong," ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini pada Rabu.

Menurutnya, keputusan itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memartabatkan Perjanjian Malaysia 1963.

"Pemindahan kuasa ini pernah berlaku di Sarawak," katanya.

Beliau berkata, selepas pelaksanaan pemindahan kuasa kawal selia itu berlaku, Sabah boleh meneruskan sebarang rundingan mengenai bekalan gas di peringkat negeri tersebut tanpa perlu menunggu Kerajaan Persekutuan.

“Kuasa menetapkan harga dan juga perjanjian baharu itu dahulunya diputuskan di pusat, tetapi dengan pemindahan kuasa ini menetapkan kuasa itu ke Sabah.

“Tetapi tentu ada proses perundingan (yang perlu dilakukan dahulu), namun kuasa itu (akan pergi) kepada Kerajaan Negeri,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Anwar berkata, Jawatankuasa Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof itu diberi masa satu bulan dari sekarang untuk memutuskan beberapa perkara baharu.

“Insya-ALLAH awal Januari kita akan kemukakan beberapa kemajuan yang lebih baik untuk selesaikan berhubung sebahagian besar isu yang dibangkitkan," katanya.

Tambah Anwar, terdapat beberapa perkara berkaitan dengan pindaan undang-undang perlu ditangguhkan sehingga sidang Parlimen seterusnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!