Banjir: KTM Intercity laluan pantai timur kembali beroperasi

Perkhidmatan KTM Intercity laluan pantai timur kembali beroperasi sepenuhnya pada Rabu bermula jam 11.50 pagi. - Foto hiasan/Bernama
Perkhidmatan KTM Intercity laluan pantai timur kembali beroperasi sepenuhnya pada Rabu bermula jam 11.50 pagi. - Foto hiasan/Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu (KTM) Intercity di laluan pantai timur yang tergendala akibat banjir kembali beroperasi sepenuhnya pada Rabu bermula jam 11.50 pagi.

Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), perkhidmatan tren kembali beroperasi seperti biasa ekoran penurunan paras air di antara Tanah Merah dan Pasir Mas.

“Bagaimanapun, keadaan ini bergantung kepada cuaca semasa dan KTMB akan terus membuat pemantauan paras air dari semasa ke semasa bagi memastikan perkhidmatan beroperasi dengan selamat.

“Para penumpang dinasihatkan untuk mengikuti media sosial rasmi KTMB untuk informasi terkini status perkhidmatan tren. Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200,” katanya pada Rabu.

Sebelum ini, operasi perkhidmatan tren KTM Intercity sektor pantai timur tergendala susulan kejadian banjir yang berlaku di antara Pasir Mas-Tanah Merah.

Perkhidmatan tren nombor 26 dan 27 (Ekspres Rakyat Timuran) laluan JB Sentral ke Tumpat dan sebaliknya, serta perkhidmatan tren perantara bagi laluan Tumpat-Dabong-Gua Musang-Kuala Lipis dan sebaliknya akan bermula dan tamat di atau dari Stesen Tanah Merah.

Perkhidmatan tren perantara nombor 53 dan 58 (Tumpat–Gua Musang-Tumpat) juga akan bermula dan tamat di atau dari Stesen Tanah Merah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!