31 premis PDRM terjejas akibat banjir di Terengganu, Kelantan

Acryl Sani bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Misi Bantuan Banjir Kementerian Dalam Negeri ke Pantai Timur di Putrajaya pada Rabu. - Foto Bernama
Acryl Sani bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Misi Bantuan Banjir Kementerian Dalam Negeri ke Pantai Timur di Putrajaya pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 31 premis Polis Diraja Malaysia (PDRM) terjejas akibat banjir di Terengganu dan Kelantan, yang merangkumi 13 unit kuarters, lapan pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA), tujuh balai polis dan tiga pondok polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, di Kelantan, empat balai yang terjejas adalah Balai Polis Kuala Jambu, Simpangan, Rantau Panjang dan Bakong, manakala pondok polis terlibat ialah Pondok Polis Salor serta Pondok Polis Kubang, dan antara lapan pos PGA yang terjejas adalah Terusan dan Salleh Kerek.

"Di Terengganu, tiga balai terjejas iaitu di Kuala Jengai, Manik dan Balai Polis Trafik Jenteh serta Pondok Polis Tenang,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 13 unit kuarters yang terjejas iaitu di Berek Polis Kuala Jengai dengan lima unit, Berek Pondok Tenang (dua) dan Berek Polis Manir dengan enam unit.

Pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan lawatan ke kawasan yang terjejas banjir di negeri-negeri Pantai Timur. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!