Kelantan catat 32,089 mangsa banjir

Anggota APM bersiap sedia memasuki kawasan kampung bagi menjalankan misi menyelamat apabila air banjir mulai melimpah di Tumpat.
Anggota APM bersiap sedia memasuki kawasan kampung bagi menjalankan misi menyelamat apabila air banjir mulai melimpah di Tumpat.
A
A
A

KOTA BHARU - Kelantan mencatatkan jumlah mangsa banjir seramai 32,089 orang dan menunjukkan sedikit peningkatan di jajahan Pasir Mas dan Tumpat pada Rabu.

Pada sebelah pagi hari ini seramai 31,316 mangsa banjir dicatatkan di seluruh lapan jajahan yang terjejas.

Pegawai Pengurusan Bencana dan Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Kapten Mohd Hanif Omar berkata, setakat ini sebanyak 9,542 buah keluarga berada di 135 pusat pemindahan sementara (PPS).

“Pasir Mas masih kekal jajahan yang paling teruk terjejas apabila melibatkan seramai 13,678 mangsa diikuti Pasir Puteh (5,878), Tumpat (4,641) dan Kota Bharu (3,013).

“Diikuti Kuala Krai seramai 2,161 mangsa, Bachok (1,672), Tanah Merah (768) dan Machang (278)," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurut beliau, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang dan Kuala Jambu meningkat dan masih berada pada paras bahaya.

"Di Jenob, Tanah Merah mencatatkan bacaan berjaga-jaga manakala Sungai Lebir kembali berada pada tahap bahaya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!