Anggota GOP menang pilihan raya tipu dalam resume?
NEW YORK - Seorang ahli Parti Republikan (GOP) yang dilantik menganggotai Kongres berdepan desakan supaya berundur sebelum beliau mengambil alih jawatan susulan dakwaan 'menipu' dalam vitae kurikulum (CV) miliknya yang dicanangkan ketika berkempen sebelum ini.
Kemenangan George Santos di daerah New York pada Pilihan Raya Pertenghan Penggal Amerika Syarikat (AS) pada bulan lalu telah membantu GOP merampas kawalan Dewan Perwakilan dengan majoriti tipis.
Siasatan dilakukan New York Times bagaimanapun mencetuskan tanda tanya terhadap kesahihan maklumat pendidikan dan pekerjaan yang dipaparkan pada resume Santos, 34.
"Baruch College tidak mempunyai sebarang rekod tentang Santos yang dikatakan tamat belajar di institut itu pada 2010," kata jurucakap kolej itu selepas wakil Citigroup dan Goldman Sachs yang disebut sebagai 'majikannya' juga mengesahkan perkara sama.
Akhbar itu turut membongkar syarikat, Devolder Organization milik anak imigran Brazil tersebut yang disifatkan sebagai 'entiti misteri' berikutan ia tiada laman web atau halaman Linkedln. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!