Beregu campuran dapat sentuhan Nova

Nova akan memulakan tugas mulai bulan depan untuk tempoh kontrak selama dua tahun. - Foto Agensi
Nova akan memulakan tugas mulai bulan depan untuk tempoh kontrak selama dua tahun. - Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN beregu campuran badminton negara bakal mendapat sentuhan padu daripada bekas juara dunia dua kali dari Indonesia, Nova Widianto sebagai jurulatih baharu.

Nova, pemenang Kejohanan Badminton Dunia edisi 2005 dan 2007 dan pemenang pingat perak Olimpik pada 2008 bersama Liliyana Natsir dilabel antara pemain beregu campuran terbaik eranya.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Rabu mengumumkan Nova menandatangani kontrak selama dua tahun dengan badan induk itu untuk mengendalikan beregu campuran.

Jurulatih berusia 45 tahun itu akan melaporkan diri kepada Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky.

BAM tidak sabar untuk bekerjasama dengan Nova apabila dia memegang jawatannya mula bulan depan.

“Pemain beregu campuran negara teruja dengan prospek mempunyai jurulatih berkaliber beliau membantu mereka.

“Pengalaman Nova sangat berharga buat pemain, terutama dengan kelayakan untuk Sukan Olimpik Paris bermula tahun depan,” ujar Rexy.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!