Imigresen tahan 37 PATI di Klang, Shah Alam

Antara warga asing yang ditahan dalam Operasi Bersepadu di sekitar Shah Alam dan Klang.
Antara warga asing yang ditahan dalam Operasi Bersepadu di sekitar Shah Alam dan Klang.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Imigresen Selangor menahan seramai 37 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan berasingan di premis runcit, makanan, rumah kedai serta pusat hiburan, di sekitar daerah ini dan Klang, malam tadi.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, seramai 68 orang warga asing telah diperiksa dan 37 orang berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun termasuk 18 wanita ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

Menurutnya, tangkapan melibatkan 11 warga Vietnam, Indonesia (6), Bangladesh (11), Vietnam (16) dan seorang warga India.

"Di lokasi pertama perniagaan runcit dan makanan serta kawasan persekitaran Shah Alam, seramai 10 orang PATI ditahan.

"PATI ini merupakan pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan tetapi bekerja di lokasi yang tidak dibenarkan dan sebahagiannya juga adalah yang menggunakan pas lawatan sosial yang telah tamat tempoh," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Antara warga asing yang ditahan dalam Operasi Bersepadu di sekitar Shah Alam dan Klang.
Antara warga asing yang ditahan dalam Operasi Bersepadu di sekitar Shah Alam dan Klang.

Tambahnya, sasaran lain merupakan kawasan rumah kedai yang dijadikan tempat tinggal pekerja asing di kawasan Alam Megah, Shah Alam, turut membawa tangkapan seramai 11 orang PATI.

Katanya, serbuan seterusnya di pusat hiburan di kawasan Klang, pihaknya telah berjaya menahan 16 orang wanita warga Vietnam.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen dan seterusnya akan dihantar di Depot Imigresen Semenyih.

"Kesemua mereka akan disiasat atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah dan Seksyen 15(1)(c) Akta yang sama kerana tamat tempoh pas/permit serta Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!