Peruntukan segera RM50 juta kepada Kelantan, Terengganu

Anwar (kanan) bertanyakan khabar kepada mangsa banjir di PPS SMK Tengku Panglima Raja, Pasir Mas pada Rabu.
Anwar (kanan) bertanyakan khabar kepada mangsa banjir di PPS SMK Tengku Panglima Raja, Pasir Mas pada Rabu.
A
A
A

PASIR MAS - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan segera RM50 juta masing-masing kepada Kelantan dan Terengganu yang terjejas dengan banjir.

Beliau berkata, bantuan tersebut akan diluluskan segera kerana banjir yang berlaku adalah lebih parah dari biasa.

"Kerajaan hari ini bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM50 juta masing-masing kepada Kelantan dan Terengganu sebagai bantuan awal untuk meringankan beban," katanya semasa mengadakan lawatan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja di sini pada Rabu.

Menurut beliau, tidak termasuk bantuan berjumlah RM1,000 yang akan diberikan kepada ketua keluarga yang terlibat dan mendaftar di pusat pemindahan sementara (PPS).

Ujarnya, bantuan RM10,000 akan turut diberikan kepada keluarga yang kematian akibat banjir.

Anwar berkata, ia akan diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Ikuti perkembangan semasa mengenai banjir di seluruh negara di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!