Projek tebatan banjir Sungai Golok diteruskan - Anwar

Anwar (hadapan) bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (kanan) semasa hadir di PPS SMK Tengku Panglima Raja, Pasir Mas pada Rabu.
Anwar (hadapan) bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (kanan) semasa hadir di PPS SMK Tengku Panglima Raja, Pasir Mas pada Rabu.
A
A
A

PASIR MAS - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok akan diteruskan sepertimana dirancang.

Beliau memberi jaminan akan mempercepatkan projek fasa 1 dan 2.

"Walaupun projek tebatan banjir ini kita tangguh sebentar, ia bukan tangguh projek.

"Tapi saya mahu ia dilaksanakan melalui proses tender walaupun ia tender terhad," katanya semasa mengadakan lawatan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja di sini pada Rabu.

Menurut beliau, ia untuk memastikan tiada kos yang berlebihan.

Anwar memberi jaminan sebaik sahaja Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengemukakan kepada Kementerian Kewangan ia (projek tebatan) akan disegerakan.

Ujarnya, dengan syarat ia bukan rundingan terus untuk menjamin kos tidak meningkat.

Media sebelum ini melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan beberapa kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion tidak diteruskan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, ia membabitkan kelulusan secara rundingan terus yang diluluskan sebelum ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pegawai kementerian itu sudah diminta untuk meneliti semula kelulusan yang diberikan bagi memastikan ia mematuhi prinsip ketelusan dan peraturan yang ditetapkan.

Ikuti perkembangan semasa mengenai banjir di seluruh negara di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!