Manchester United hentikan cabaran Burnley di Old Trafford

Rashford antara penjaring gol Manchester United. - Foto Agensi
Rashford antara penjaring gol Manchester United. - Foto Agensi
A
A
A

GOL daripada Christian Eriksen dan Marcus Rashford membolehkan Manchester United menang selesa 2-0 ke atas Burnley dalam pusingan keempat Piala Liga pada Khamis ketika kelab Divisyen Tiga, Charlton Athletic menumbangkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Brighton & Hove Albion menerusi sepakan penalti.

Anak buah Erik tan Hag yang tampil perlawanan pertama di Old Trafford sejak rehat Piala Dunia, terlebih dulu mendahului pada minit ke-27 apabila Eriksen menyudahkan hantaran Aaron Wan-Bissaka.

Tuan rumah yang menampilkan beberapa pemain yang beraksi di Piala Dunia 2022 di Qatar, boleh menggandakan kelebihan, namun sepakan Anthony Martial berjaya diselamatkan penjaga gol Burnley, Bailey Peacock-Farrell.

Sementara itu, pendahulu Liga Kejuaraan, Burnley juga berpeluang menyamakan kedudukan, namun Marcus Rashford menjadikan kedudukan 2-0 hasil percubaan individu yang baik bagi mengesahkan kemaraan.

Cabaran satu lagi kelab EPL, Brighton terhenti di pusingan 16 selepas dikecewakan kelab Liga Satu, Charlton di The Valley selepas pertembungan yang berakhir tanpa jaringan hingga mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Kedua-dua pasukan terlepas tiga sepakan penalti, namun pada sepakan ketujuh penjaga gol Charlton, Ashley Maynard-Brewer menafikan percubaan pemain tengah Brighton, Moises Caicedo dan pemain pertahanan Samuel Lavelle untuk kemenangan 4-3.

Di Ewood Park, juara empat kali Nottingham Forest menumpaskan kelab Liga Kejuaraan Blackburn Rovers 4-1, penyerang Brennan Johnson memberikan kelab EPL mendahului awal menerusi sepakan penalti minit ke-13'.

Blackburn menyamakan kedudukan sebelum rehat menerusi pertahanan Scott Wharton minit ke-44, tetapi jaringan minit ke-53 Jesse Lingard meletakkan Forest semula di depan dan Taiwo Awoniyi (79') dan Johnson (92') melengkapkan kekalahan itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!