Pegawai daerah direman enam hari

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman pagi tadi untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman pagi tadi untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
A
A
A

KEMAMAN - Seorang pegawai daerah di negeri ini direman enam hari bermula hari ini selepas dipercayai menggunakan jawatannya untuk menawarkan projek bernilai RM266,349.18 kepada sekutunya.

Perintah tahanan reman ke atas suspek yang berusia 56 tahun dikeluarkan Majistret Nik Mohd Tarmizi Nik Mohd Shukri berikutan permohonan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Fadhil Adnan di Mahkamah Majistret, di sini.

Suspek direman sehingga 21 April depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah guna kuasa.

Suspek dibawa ke mahkamah kira-kira jam 9.15 pagi tadi dengan memakai baju T berkolar dan cuma berselipar serta tangan bergari.

Lelaki itu yang diwakili peguam, Akmal Wahidah dipercayai menyalah gunakan jawatannya itu membabitkan projek ubah suai kediaman di Kemaman pada tahun lalu.

Suspek ditahan SPRM di pejabatnya di Hulu Terengganu kira-kira jam 12.40 tengah hari semalam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!