Tanah runtuh: Lagi mayat ditemukan hari ketujuh
BATANG KALI - Pasukan operasi dan menyelamat (SAR) berjaya menjumpai mangsa terbaharu insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, di sini pada Khamis.
Menurut Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, mayat mangsa ditemui pada jam 10.39 pagi.
Bagaimanapun, jumlah mayat terlibat tidak dinyatakan.
Satu sidang media berkenaan perkara itu akan dibuat oleh pihak bomba dan polis dalam masa terdekat.
Untuk info, setakat Rabu, sebanyak 26 mangsa disahkan meninggal dunia, manakala 61 lagi selamat dan tujuh masih hilang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!