Tiada pemain dapat layanan istimewa - Simeone
PENGENDALI Atletico Madrid, Diego Simeone memberikan ruang kepada penyerang pasukan, Joao Felix untuk membuktikan kemampuan jika mahu terus kekal bersama kelab Sepanyol itu.
Felix telah dikaitkan dengan perpindahan pada Januari selepas berita mengenai pemain itu tidak mempunyai hubungan baik dengan Simeone.
"Saya mahukan yang terbaik untuk Atletico dan sepanjang 11 tahun saya di sini, saya ada untuk pasukan dan kelab untuk berkembang.
"Saya mementingkan kemenangan, terus meningkat, berkembang, terus fokus setiap perlawanan dan kemudian kita lihat apa akan berlaku.
"Tiada siapa yang penting dan perkara akan menjadi seperti yang sepatutnya jika tidak berusaha keras," katanya.
Namun, Simeone menjelaskan Felix masih boleh menyelamatkan kariernya di kelab itu sekiranya mampu kembali pada prestasi terbaik seperti yang ditunjukkan ketika bersama Portugal dalam kempen Piala Dunia.
"Saya tidak ragu-ragu bahawa dia adalah pemain yang sangat penting.
"Dia menunjukkan aksi di Piala Dunia dengan baik, mengambil bahagian dalam setiap gerakan gol dan peranan penting untuk dia menyerlahkan potensinya," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!