Sel kanser Pele sudah merebak - Hospital

 Pele - AFP
Pele - AFP
A
A
A
"SEL kanser Pele sudah merebak”, demikian menurut pihak hospital yang merawat legenda bola sepak itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Anak perempuannya, Kely Nascimento menulis di Instagram bahawa seluruh ahli keluarga akan menyambut Krismas di hospital bersama dengan pemain hebat berusia 82 tahun itu.

Pele yang sebelum ini menjalani prosedur membuang tumor di bahagian kolon pada September 2021, dimasukkan ke Hospital Israelita Albert Einstein di Sao Paulo pada 29 November.

"Kami tidak akan menyambut Krismas di rumah. Kami memutuskan untuk mendengar nasihat doktor, lebih baik untuk kami berada di hospital,” katanya.



Beliau berkata, pihak keluarga akan memberikan maklumat terkini mengenai kesihatan Pele pada minggu depan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!