Tanah runtuh: Unit K9 terima sumbangan makanan
BATANG KALI - Sebanyak 18 beg makanan disumbangkan kepada Unit Anjing Pengesan (K9) pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi tanah runtuh di tapak Father's Organic Farm di Jalan Genting, di sini, pada Khamis.
Penyerahan sumbangan itu diserahkan kepada K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada jam 12.30 tengah hari.
Enam beg makanan itu disumbangkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang, sumbangan individu (lapan beg) dan dua beg lagi dari syarikat Hills Pets Corner Sdn Bhd.
Serahan itu dilaksanakan oleh Pegawai Turus Pengurusan Dasar/Sumber Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Selangor, Superintendan Zaidah Ekhwan.
Wakil daripada ATM yang menerima sumbangan pula ialah Sarjan Saini Anak Lidi dari Cawangan Anjing Perang, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada).
JBPM pula diwakili Donny Chap dari Unit K9 manakala PDRM diterima oleh Asisten Superintendan Afzainizam Che Rasid.
Turut hadir Penolong Pegawai Veterinar Negeri Pahang, Syaril Rizal.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!