Remaja maut motosikal terbabas langgar pembahagi jalan

Seorang penunggang maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum terbabas.
Seorang penunggang maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum terbabas.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang remaja maut selepas motosikal ditungganginya terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Kilometer 16.2 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit pada jam 10.28 malam.

"Siasatan awal mendapati mangsa berusia 19 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR menghala ke utara sebelum hilang kawalan dan melanggar pembahagi besi.

"Akibat dari pelanggaran itu, mangsa telah tercampak ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Fakhrudin berkata, mangsa seorang lelaki tempatan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan di lokasi.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Saksi kejadian dimohon tampil ke balai berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa di talian 0193318339," ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!