Banjir: Tiada keperluan isytihar darurat iklim

Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution
A
A
A

TANAH MERAH - Belum ada keperluan untuk mengisytiharkan darurat buat masa ini berikutan keadaan banjir masih terkawal, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Menurutnya, darurat memerlukan prosedur dan penilaian dalam keadaan tertentu.

Ujar beliau, pihak yang berautoriti akan bertanggungjawab membuat keputusan apabila tiba masa yang benar-benar memerlukan pengisytiharan darurat.

"Buat masa ini saya fikir keseluruhan operasi terkawal dan berjalan dengan baik kerana laporan diberi secara berkala.

"Kita menggesa mangsa terlibat beri kerjasama yang baik sekiranya diminta berpindah oleh pihak berkuasa kerana jika melengahkan masa ia boleh mengancam nyawa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara Alor Pasir, Tanah Merah di sini pada Khamis.

Saifuddin bertanya sesuatu kepada mangsa banjir di PPS Alor Pasir, Tanah Merah.
Saifuddin bertanya sesuatu kepada mangsa banjir di PPS Alor Pasir, Tanah Merah.

Menurutnya, ketika mesyuarat jemaah menteri pada Rabu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipertanggungjawabkan memberi laporan yang komprehensif.

Dalam pada itu Saifuddin berkata, kementeriannya turut menambah tiga aset udara kepada Kelantan dan Terengganu.

Artikel Berkaitan:

"Aset tambahan daripada pasukan polis melibatkan dua unit di Kelantan dan satu unit di Terengganu," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu mencadangkan pengisytiharan Darurat Iklim dan menggerakkan usaha radikal bagi membincangkan langkah-langkah mitigasi banjir.

Ia bertujuan segera membendung dan mengurangkan risiko serta impak banjir yang sedang melanda negara terutamanya di Pantai Timur.

Ikuti perkembangan semasa mengenai banjir di seluruh negara di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!