Tanah runtuh: Norazam hadir selepas keluar hospital

Norazam hadir ke lokasi tanah runtuh di Batang Kali, selepas dibenarkan keluar dari Hospital Selayang pada Khamis.
Norazam hadir ke lokasi tanah runtuh di Batang Kali, selepas dibenarkan keluar dari Hospital Selayang pada Khamis.
A
A
A

BATANG KALI - Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis hadir ke lokasi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, selepas keluar dari Hospital Selayang pada Khamis.

Menurut Norazam, keadaan beliau adalah baik dan sihat.

"Kesihatan saya baik. Saya datang untuk bertemu dengan anggota dan pegawai untuk bagi semangat.

"Terima kasih kepada semua kerana terus beri semangat kepada kami," katanya ketika ditemui di lokasi pada Khamis.

Tambahnya, diharap baki mangsa yang masih hilang dapat ditemui secepat mungkin.

"Ini adalah semangat daripada semua untuk terus berada di sini. Insya-ALLAH baki mangsa akan terus dicari sedaya upaya kami (petugas penyelamat)," ujarnya.

Sebelum itu, Norazam dilihat hadir kira-kira jam 4.35 petang dengan diiringi pegawainya dalam keadaan cuaca hujan.

Pada Isnin, Norazam dimasukkan ke Hospital Selayang akibat minor strok.

Artikel Berkaitan:

Beliau dimasukkan ke hospital pada pukul 6 petang akibat keletihan dan minor strok selepas empat hari terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting Highlands-Batang Kali.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!