Pemilik syarikat ditahan tawar pakej umrah tidak wujud

Superintendan Mohd Redzuan Salleh
Superintendan Mohd Redzuan Salleh
A
A
A

KULIM - Seorang pemilik syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah tidak wujud ditahan polis selepas menerima 17 laporan pada 8 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, seramai 17 mangsa yang sebelum ini telah berurusan dengan suspek tampil membuat laporan polis.

Menurutnya, mangsa telah membuat bayaran bagi menunaikan umrah berjumlah RM209,303, namun suspek kemudiannya telah menangguhkan tarikh menunaikan umrah tersebut dan mangsa mendapati pejabat suspek di Kulim telah ditutup.

"Suspek memberi pelbagai alasan kepada mangsa bagi menangguhkan tarikh menunaikan umrah.

"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim telah menerima 17 laporan polis berkaitan kes pecah amanah jenayah melibatkan suspek," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohd Redzuan berkata, sebanyak 17 kertas siasatan telah dibuka melibatkan kes yang sama dan disiasat di bawah Seksyen 420 kanun keseksaan.

Jelasnya, hasil semakan rekod jenayah mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau di bawah seksyen 420 kanun keseksaan.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kulim, Kedah untuk 17 pertuduhan pada 28 Disember Ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!