Banjir: Lelaki ditemukan lemas bawah rumah

Seorang lelaki ditemukan lemas tersangkut pada kayu di bawah sebuah rumah di Kampung Chenerai, Pasir Mas pada Khamis.
Seorang lelaki ditemukan lemas tersangkut pada kayu di bawah sebuah rumah di Kampung Chenerai, Pasir Mas pada Khamis.
A
A
A

PASIR MAS - Seorang lelaki ditemukan lemas tersangkut pada kayu di bawah sebuah rumah di Kampung Chenerai di sini pada Khamis.

Sebelum itu mangsa, Mohd Razawi Ahmet, 45, dipercayai mengemas kayu di bawah rumahnya semasa air banjir sedang naik sebelum didapati hilang pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.45 pagi pada Selasa yang memaklumkan seorang lelaki dipercayai hilang semasa air banjir sedang melimpah.

"Mengikut laporan mangsa dikatakan memberitahu jirannya hendak mengemas kayu di bawah rumah kerana pada waktu itu air sedang naik.

"Mangsa yang tinggal seorang diri didapati tidak muncul di pusat pemindahan sementara (PPS) dan apabila dicari hanya motosikal yang ditemui diletakkan di atas jalan di kawasan tinggi," katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, pihaknya melakukan operasi mencari pada hari pertama di sekitar kawasan rumah mangsa tetapi gagal ditemui.

Ujarnya, sehinggalah pencarian diteruskan keesokan harinya di kawasan hadapan rumahnya.

Beliau memberitahu pada jam 10.45 pagi mereka menemui mayat mangsa tersangkut pada kayu di rumah saudaranya yang terletak 20 meter dari tempat kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Jenazah mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!