Tragedi tanah runtuh: Mesir ucap takziah kepada Malaysia

Keadaan tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali. - Foto Bernama
Keadaan tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali. - Foto Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR - Kerajaan Republik Arab Mesir menzahirkan ucapan takziah kepada Malaysia atas kejadian tanah runtuh Jumaat lepas di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya, di Batang Kali, Selangor yang menyebabkan ramai terkorban.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Kementerian Luar Mesir berkata, kerajaan Republik Arab Mesir menzahirkan setulus-tulus ucapan takziah kepada Malaysia serta turut berduka atas tragedi tanah runtuh yang mengorbankan berpuluh-puluh mangsa dan mencederakan ramai orang.

Kenyataan itu disampaikan melalui Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur pada Khamis.

Kenyataan itu juga menyampaikan ucapan takziah kerajaan Mesir kepada waris mangsa yang terkorban dan berharap mangsa yang cedera akan diberikan kesembuhan segera.

Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada jam 2.42 pagi 16 Disember di tapak perkhemahan itu setakat ini menyaksikan 61 orang selamat, 30 terkorban dan satu lagi masih hilang daripada keseluruhan 92 mangsa. - Bernama
Artikel Berkaitan:


Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!