Bekas pengarah syarikat mengaku salah pecah amanah

Tertuduh diiringi anggota polis keluar dari kamar mahkamah selepas selesai sebutan kesnya pada Jumaat.
Tertuduh diiringi anggota polis keluar dari kamar mahkamah selepas selesai sebutan kesnya pada Jumaat.
A
A
A

KUANTAN - Bekas pengarah sebuah syarikat pelancongan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan pada Jumaat atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang syarikat RM168,740 pada 2019 lalu.

Tertuduh, Mohd Nizam Noh, 49, mengaku bersalah atas tuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Haryati Abdullah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Padang, Jalan Sungai Lembing di sini antara 29 Mac hingga 5 November 2019.

Sebagai pengarah syarikat, tertuduh telah diamanahkan wang tunai di dalam akaun sebuah bank milik syarikat, namun dengan curang melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang berjumlah RM168,740 itu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan dan denda.

Pada prosiding kes itu tertuduh tidak diwakili peguam.

Ahmad Zamzani menetapkan 31 Januari depan sebagai tarikh sebutan fakta kes dan hukuman terhadap tertuduh

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!