Air pasang besar, 223 orang dipindahkan di Pitas

Fenomena air pasang besar dan ombak besar di daerah Pitas menyebabkan 223 orang berpindah ke PPS.
Fenomena air pasang besar dan ombak besar di daerah Pitas menyebabkan 223 orang berpindah ke PPS.
A
A
A

KOTA KINABALU - Seramai 223 orang daripada 52 keluarga yang tinggal di kawasan pesisir pantai dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Pitas sebagai langkah berjaga-jaga akibat fenomena air pasang besar di kawasan tersebut.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Kampung Mempakad dan Balai Raya Agropolitan Kampung Pinggan-Pinggan yang dibuka pagi Jumaat.

PPS Dewan Kampung Mempakad menempatkan 168 mangsa daripada 37 keluarga, manakala 55 mangsa daripada 15 keluarga ditempatkan di Balai raya Agropolitan Kampung Pinggan-Pinggan.

"Berlaku fenomena air pasang besar dan ombak besar di daerah Pitas yang menyebabkan beberapa kawasan pesisir pantai yang dikenal pasti sebagai kawasan ‘hotspot’ mula terjejas,” kata kenyataan itu pada Jumaat. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!