Laluan Batang Kali-Genting Highland dibuka untuk motosikal

Penutupan jalan Batang Kali ke Genting berikutan kerja pembaikan cerun dan jalan di kawasan insiden tanah runtuh yang dijangka mengambil masa setahun mengundang pelbagai reaksi pengguna laluan itu di laman sosial sebelum ini. (Gambar kecil: Nanta)

A
A
A

TANAH MERAH - Laluan Batang Kali-Genting Highlands dijangka akan dibuka kepada pengguna motosikal dalam tempoh lebih seminggu lagi.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, perkara itu dipertimbangkan berikutan keluhan diterima daripada pekerja-pekerja di kawasan tersebut yang perlu melalui jalan itu.

“Ada jalan alternatif yang boleh dilalui namun mereka mengeluh kerana jauh.

Nanta (tiga, kiri) ketika melawat ke lokasi cerun runtuh di bawah Jambatan Kusial, Tanah Merah.
Nanta (tiga, kiri) ketika melawat ke lokasi cerun runtuh di bawah Jambatan Kusial, Tanah Merah.

“Mungkin akan dibenarkan tetapi perlu kajian dan penelitian terlebih dahulu supaya dipastikan selamat sebelum dibuka untuk motosikal sahaja serta berperingkat-peringkat kepada kenderaan lain selepas ini,” katanya ketika ditemui semasa lawatan ke lokasi cerun runtuh di bawah Jambatan Kusial, di sini, pada Jumaat.

Pada Selasa, Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan kerja pembaikan cerun dan jalan di kawasan insiden tanah runtuh di Selangor itu dijangka mengambil tempoh selama setahun.

Menurut Nanta, masih ada pergerakan tanah berlaku di kawasan itu dalam skala dua hingga empat milimeter (mm) dan pemantauan ketat dilakukan pihak berkuasa menerusi penggera yang dipasang.

Artikel Berkaitan:

Nanta (kiri) meneliti peta lokasi cerun runtuh di bawah Jambatan Kusial, Tanah Merah, pada Jumaat.
Nanta (kiri) meneliti peta lokasi cerun runtuh di bawah Jambatan Kusial, Tanah Merah, pada Jumaat.

Beliau turut meminta rakyat memberi ruang kepada pasukan pakar dan KKR melaksanakan kerja-kerja bagi memastikan keselamatan dengan tidak tergesa-gesa.

“Saya mohon rakyat jangan terlalu mendesak dengan menggunakan media sosial dan sebagainya kerana kami menutup jalan untuk menjaga keselamatan.

"Bukan tutup bertujan untuk menyusahkan orang ramai,” katanya.

Insiden tanah runtuh sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di jalan Batang Kali- Getting Highlands meranapkan sebahagian tapak perkhemahan Father’s of Organics pada jam 2.45 pagi Jumaat lalu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!