Salji lebat di Jepun korbankan lapan nyawa

Orang ramai menyeberang jalan dalam cuaca sejuk dan hujan di kawasan Ginza di Tokyo pada Khamis. - Foto AFP
Orang ramai menyeberang jalan dalam cuaca sejuk dan hujan di kawasan Ginza di Tokyo pada Khamis. - Foto AFP
A
A
A

ISTANBUL - Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan beberapa lagi cedera ketika salji lebat melanda Jepun, kata pegawai.

"Salji lebat terus menyebabkan masalah di pantai Laut Jepun,” lapor Agensi Anadolu, memetik NHK TV pada Jumaat.

Salji lebat berlaku di sepanjang pantai Laut Jepun di kawasan utara dan barat negara itu.

"Corak tekanan jenis musim sejuk yang biasa di sekitar Jepun, menyebabkan tiupan udara sejuk," menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Cuaca buruk dijangka berterusan hingga Isnin.

Banyak kawasan di barat Jepun menyaksikan rekod baharu jumlah salji termasuk di pulau utama barat Jepun Shikoku. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!