Korea Utara lancar peluru berpandu balistik jarak dekat

TERJEMAHAN SINAR HARIAN

Pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara baru-baru ini. - AFP
Pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara baru-baru ini. - AFP
A
A
A

SEOUL - Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik jarak dekat pada Jumaat, walaupun sedang berdepan sekatan antarabangsa.

"Tentera kami melihat dua peluru berpandu balistik jarak dekat dilancarkan oleh Korea Utara ke Laut Timur di kawasan Sunan, Pyongyang pada jam 4.32 petang (waktu tempatan) hari ini.

"Tentera kami mengekalkan persediaan penuh dengan bekerjasama rapat Amerika Syarikat (AS) sambil mengukuhkan pengawasan dan waspada," kata Ketua Turus Bersama Korea Selatan.

AS dan Korea Selatan telah memberi amaran bahawa Korea Utara sedang bersedia menjalankan ujian nuklear ketujuhnya.

Dua negara tersebut menjalankan latihan tentera bersama pada Selasa lalu dengan mengerahkan pengebom strategik US B-52H ke semenanjung Korea.

Pengebom jarak jauh itu adalah sebahagian daripada latihan membabitkan jet tercanggih AS dan Korea Selatan termasuk pesawat pejuang halimunan F-22 dan F-35. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!