Lelaki direman bantu siasatan kes cabul kanak-kanak

Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Wan Kamarul Azran
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Wan Kamarul Azran
A
A
A

SEPANG - Seorang lelaki direman satu hari untuk siasatan kes cabul kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di Cybersouth, Dengkil di sini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff.

"Lelaki itu direman satu hari pada Jumaat untuk siasatan lanjut polis.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sinar Harian sebelum itu melaporkan lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di Cybersouth, Dengkil pada Khamis.

Penahanan lelaki yang juga suami kepada pengasuh mangsa itu dibuat susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang doktor di Hospital Putrajaya selepas merawat mangsa yang mengalami kesakitan di kemaluan.

Kanak-kanak itu dilaporkan mengadu sakit di bahagian kemaluan selepas diambil dari rumah pengasuhnya di Cybersouth, Dengkil pada jam 6.30 petang, Isnin.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!