Thailand putuskan ekstradisi 'Jho Low 2' pada 18 Januari

Teow Wooi Huat
Teow Wooi Huat
A
A
A

BANGKOK - Ahli perniagaan Malaysia yang dikehendaki, Teow Wooi Huat akan mengetahui nasibnya pada 18 Januari apabila Mahkamah Jenayah Bangkok memutuskan sama ada dia akan diekstradisi ke Malaysia atau China.

Kedua-dua negara telah mengemukakan permintaan ekstradisi kepada pihak berkuasa Thailand ke atas pengasas Kumpulan MBI berusia 55 tahun itu atas dakwaan menipu pelabur melalui skim pelaburan yang meragukan.

Walaupun ditahan selama lebih 150 hari, Wooi Huat tampil dengan penuh semangat pada Jumaat dan memberitahu mahkamah bahawa semua pertuduhan yang difailkan pihak berkuasa China terhadapnya adalah "tidak berasas dan palsu".

"Semua bukti yang dikemukakan (oleh pihak berkuasa China) tidak logik dan tidak berasas.

"Sudah tentu, saya tidak mahu dihantar pulang ke China. Saya tidak melakukan apa-apa jenayah di China,” katanya kepada mahkamah.

Polis Beijing dilaporkan mahu dia disoal siasat berikutan saman yang difailkan oleh kira-kira 400 pelabur dari China untuk mendapatkan semula pelaburan bernilai kira-kira RM100 juta.

Usahawan kelahiran Pulau Pinang itu bagaimanapun mengakui bahawa dia telah melakukan jenayah di Malaysia "beberapa tahun lalu".

Dia ditahan pada 21 Julai di Danok, Thailand dan visanya dibatalkan. Sejak itu, dia berada dalam tahanan Polis Imigresen Thailand dan menunggu pengusiran.

Artikel Berkaitan:

Wooi Huat juga berada dalam senarai orang dikehendaki Polis Diraja Malaysia untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan permintaan ekstradisi rasmi telah dikemukakan kepada pihak Thailand pada 20 Disember. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!