Korea Selatan dilanda suhu sejuk ekstrem

Pengunjung memakai pakaian tradisional bersiar-siar di Istana Gyeongbokgung semasa suhu paling sejuk melanda Seoul. - AFP
Pengunjung memakai pakaian tradisional bersiar-siar di Istana Gyeongbokgung semasa suhu paling sejuk melanda Seoul. - AFP
A
A
A

SEOUL - Korea Selatan menyaksikan hari paling sejuk dalam sejarah musim ini pada Jumaat, dengan suhu terendah pernah direkodkan sehingga -13.6 darjah Celsius di Seoul, menurut agensi berita Yonhap.

Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA) berkata, suhu sejuk itu disertai salji tebal di bahagian selatan negara ini termasuk kawasan Chungcheong dan Jeolla selain pulau peranginan Jeju.

Tambahnya, di Seoul, paras suhu terendah menjunam pada -13.6 darjah Celsius dan - 22 darjah Celsius.

Agensi cuaca berkata, kawasan pendalaman dan pergunungan di Wilayah Gangwon menyaksikan suhu menurun ke paras terendah pagi Jumaat sehingga -20 darjah Celsius dan -26.3 darjah Celsius.

Tambahnya, cuaca sangat sejuk berlaku di seluruh negara di bawah pengaruh tekanan tinggi yang mana dijangka berterusan sehingga Krismas yang disambut pada Ahad ini.

Selain itu, salji tebal melanda bahagian selatan negara itu untuk hari kedua berturut-turut sehingga Jumaat yang menyebabkan kemalangan kereta, penutupan jalan raya dan pembatalan jadual penerbangan.

Sebuah kereta dilitupi salji tebal ketika suhu sejuk melanda Korea Selatan. - Agensi
Sebuah kereta dilitupi salji tebal ketika suhu sejuk melanda Korea Selatan. - Agensi

KMA berkata, sehingga jam 6 pagi Jumaat (waktu tempatan), kawasan pergunungan di pulau Jeju telah merekodkan salji setebal 75.9 sentimeter (cm).

Artikel Berkaitan:

Justeru, jadual penerbangan di pulau tersebut dibatalkan sejak dua hari lalu, menurut pegawai lapangan terbang.

Manakala, operasi feri penumpang yang menghubungkan tanah besar ke pulau itu turut dibatalkan kerana menerima amaran angin kencang.

KMA menambah, amaran salji tebal dikeluarkan di bahagian selatan negara tersebut termasuk kawasan Chungcheong dan Jeolla.

Banyak sekolah di Wilayah Jeolla Utara mengambil langkah keselamatan kepada pelajar mereka apabila melaraskan waktu pergi dan balik persekolahan dan mengadakan kelas secara atas talian. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!