Kane akan kembali bersemangat - Conte

Kesedihan Kane ketika terlepas sepakan penalti yang menjadi detik kekalahan England kepada Perancis 1-2 di suku akhir Piala Dunia 2022. - Foto Agensi
Kesedihan Kane ketika terlepas sepakan penalti yang menjadi detik kekalahan England kepada Perancis 1-2 di suku akhir Piala Dunia 2022. - Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN sensasi, Tottenham Hotspurs, Harry Kane mampu untuk mengembalikan semangatnya yang hilang susulan kegagalan England di Piala Dunia lalu.

Pengurus Spurs, Antonio Conte percaya penyerang itu seorang yang kental dan mampu melupakan kesedihan di Qatar.

Kane terlepas sepakan penalti kedua ketika berdepan rakan pasukan Spurs, Hugo Lloris yang menjadi detik penting kekalahan England kepada Perancis 1-2 di suku akhir.

Namun Conte percaya Kane berupaya melupakan kekecewaan itu apabila kembali ke kelab dengan bermulanya aksi menentang Brentford.

"Secara jujurnya (saya tidak bimbang) kerana kita bercakap tentang penyerang bertaraf dunia," kata Conte.

Beliau berkata, bola sepak sesuatu yang unik kerana ia boleh membuatkan seseorang pemain itu berada dalam perasaan yang tidak menentu.

"Dalam bola sepak anda boleh mengalami detik menarik dan juga kecewa kerana anda terlepas sepakan penalti kedua. Yang pertama dia berjaya.

"Saya tidak risau tentang dia. Saya melihatnya dengan baik dan dua hari ini bersama kami," ujar Conte.

Artikel Berkaitan:

Spurs kini berada di tempat keempat dalam carta liga, lapan mata di belakang pendahulu Arsenal.

Dalam pada itu, kontrak Conte akan tamat selepas berakhirnya musim ini, namun Spurs mempunyai pilihan untuk melanjutkannya selama 12 bulan.

"Saya rasa adalah lebih bagus tidak bercakap mengenai perkara ini di sidang media kerana adalah lebih baik bercakap mengenai permainan yang kami akan hadapi," kata Conte.

Spurs akan beraksi tanpa pemain pertahanan Argentina yang memenangi Piala Dunia Cristian Romero di Brentford, manakala Lloris pula hanya diletakkan di bangku simpanan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!