Tragedi Batang Kali: SAR mangsa hilang masuk hari kesembilan

Operasi SAR hari kesembilan diteruskan di sekitar sektor A.
Operasi SAR hari kesembilan diteruskan di sekitar sektor A.
A
A
A

BATANG KALI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki mangsa tragedi tanah runtuh Father's Organic Farm yang masih hilang di sini diteruskan masuk hari kesembilan pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, operasi akan ditumpukan di sektor A (hillview).

"Pada jam 7.30 pagi, pasukan pemantau (recce) memulakan penilaian struktur tanah dan keadaan di ground zero.

"Operasi akan ditumpukan di antara sektor A yang dijangkakan lokasi terakhir mangsa berada," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Norazam berkata, seramai 80 anggota yang terdiri daripada 27 dari JBPM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) (25), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (SMART) (tiga) dikerahkan dalam operasi SAR pada Sabtu.

Beliau berkata, selepas selesai kerja penilaian tanah oleh pasukan pemantau, kerja-kerja pengesanan akan dijalankan oleh unit anjing pengesan (K9) sebelum pasukan SAR memulakan operasi mencari mangsa.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian mendapati cuaca cerah di lokasi kejadian atau 'ground zero' setakat jam 10.15 pagi.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan operasi SAR ditangguhkan berikutan hujan lebat di lokasi kejadian sekitar jam 5.30 petang.

Artikel Berkaitan:

Usaha mencari SAR yang bermula sekitar jam 8 pagi itu memfokuskan di sekitar sektor C bagaimanapun masih gagal menemui petunjuk positif.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!