16 tentera India maut dalam kemalangan di Sikkim

16 anggota tentera India terbunuh, manakala empat lagi cedera apabila trak yang mereka dinaiki terjunam ke dalam gaung di daerah Sikkim Utara, India pada Jumaat.- Foto AFP
16 anggota tentera India terbunuh, manakala empat lagi cedera apabila trak yang mereka dinaiki terjunam ke dalam gaung di daerah Sikkim Utara, India pada Jumaat.- Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Sekurang-kurangnya 16 anggota tentera India terbunuh, manakala empat lagi cedera apabila trak yang mereka dinaiki terjunam ke dalam gaung di daerah Sikkim Utara, India pada Jumaat, kata Menteri Pertahanan, Rajnath Singh.

"Sangat sedih menerima berita anggota Tentera India terkorban dalam kemalangan jalan raya di Sikkim Utara.

"Negara amat berterima kasih atas khidmat dan komitmen mereka. Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa.

"Saya mendoakan agar mereka yang cedera cepat sembuh," Kata Singh menerusi ciapan di Twitter, lapor Sputnik.

Hindustan Times pada Jumaat melaporkan bahawa trak itu menyertai konvoi tiga kenderaan dan dalam perjalanan dari Lachen ke Thanggu, sebelum terjunam ke dalam gaung ketika melalui selekoh tajam. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!