Thailand ganti Bahrain tuan rumah Piala Asia B-17

Skuad B-17 akan berkunjung ke Thailand untuk bersaing dalam Piala Asia B-17 2023. - Foto Agensi
Skuad B-17 akan berkunjung ke Thailand untuk bersaing dalam Piala Asia B-17 2023. - Foto Agensi
A
A
A

SKUAD Bawah 17 tahun (B-17) negara tidak perlu 'terbang jauh' apabila Thailand bakal menjadi tuan rumah Piala Asia B-17 2023 selepas Bahrain yang dijadualkan menjadi tuan rumah kejohanan itu menarik diri selaku penganjur.

Perkembangan itu disahkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

“Susulan penarikan diri Persatuan Bolasepak Bahrain daripada menganjurkan Piala Asia B-17, Jawatankuasa Pertandingan meluluskan cadangan untuk memberikan hak sebagai tuan rumah bagi pertandingan itu kepada Persatuan Bolasepak Thailand,” ujar badan induk itu.

AFC sebelum ini mengumumkan Bahrain akan kekal selaku tuan rumah bagi edisi 2023 susulan pembatalan kejohanan itu pada 2020 kerana pandemik Covid-19.

Bagaimanapun Bahrain menarik diri pada Jun lalu sekali gus memaksa tuan rumah baharu perlu diputuskan.

Sebagai rekod, Malaysia layak selaku juara Kumpulan B selepas mengungguli pusingan kelayakan di Indonesia, Oktober lalu dengan pencapaian terbaik skuad negara adalah mara sehingga suku akhir edisi 2014.

Skuad bimbingan Osmera Omaro itu meraih kemenangan ke 4-0 ke atas Palestin, terikat 1-1 dengan Guam sebelum bangkit menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 3-2 dan menutup kempen kumpulan menerusi kemenangan besar 5-1 ke atas Indonesia.

Sebanyak 16 negara bertanding pada kejohanan itu dan empat pasukan terbaik akan layak beraksi di Piala Dunia B-17 2023 di Peru.

Artikel Berkaitan:

Selain Malaysia, 15 lagi negara adalah Jepun selaku juara bertahan, Qatar, Arab Saudi, Yaman, Australia, Tajikistan, Iran, Uzbekistan, Korea Selatan, China, Afghanistan, India, Vietnam, Thailand dan Laos.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!