Salji tebal dijangka landa pantai Jepun
Gambar fail - Reuters
A
A
A
Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), setakat jam 6 pagi Sabtu, ketinggian salji telah mencecah 152 sentimeter (cm) di bandar Oguni di Wilayah Yamagata, manakala salji di kampung Sekikawa di Wilayah Niigata mencecah 117 cm, lapor Xinhua.
Pegawai cuaca memberi amaran angin kencang dengan kadar tiupan 35 meter sesaat akan melanda sepanjang pantai Laut Jepun dan utara Jepun pada Sabtu.
Wilayah Niigata diramalkan menerima curahan salji sehingga 80 cm dalam tempoh 24 jam hingga pagi Ahad.
Wilayah timur laut Tohoku menyaksikan salji setinggi 70 cm, manakala wilayah Kanto-Koshin setinggi 60 cm, menurut JMA.
Pantai Pasifik juga diramal mengalami salji tebal terutamanya membabitkan kawasan pergunungan.
Orang ramai diminta terus berjaga-jaga berhubung situasi lalu lintas, ribut salji dan ombak tinggi. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!