Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Natal

Tangkap layar Facebook Istana Negara pada Sabtu.
Tangkap layar Facebook Istana Negara pada Sabtu.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Natal kepada masyarakat Malaysia yang beragama Kristian.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Istana Negara pada Sabtu

"Semoga perayaan ini membawa keamanan, kemakmuran, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat yang beragama Kristian di Malaysia,” menurut hantaran itu.



Hari Natal atau Krismas disambut pada 25 Disember setiap tahun oleh penganut Kristian. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!