PM doakan kejayaan mahasiswa sertai debat di Sepanyol

Ahmad Farhan (empat dari kiri) bergambar bersama kumpulan pelajar UiTM sebelum berlepas ke Sepanyol.
Ahmad Farhan (empat dari kiri) bergambar bersama kumpulan pelajar UiTM sebelum berlepas ke Sepanyol.
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada kumpulan mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang akan menyertai World Universities Debating Championship (WUDC) di Universidad Rey Juan Carlos, Madrid, Sepanyol.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar memaklumkan turut menyampaikan sumbangan kepada kumpulan mahasiswa yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang akan bermula 27 Disember ini sehingga 4 Januari tahun depan itu.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi pada Sabtu kepada kumpulan pelajar tersebut sebelum mereka berlepas.

"Saya turut difahamkan anak-anak mahasiswa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM) akan turut mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

"Saya mendoakan agar anak-anak ini berjaya harumkan nama negara di bumi Sepanyol, Insya-Allah," katanya pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!