Hujan, risiko tanah runtuh cabaran pasukan SAR

Acryl Sani (tengah) mengadakan sidang akhbar di lokasi kejadian pada Ahad.
Acryl Sani (tengah) mengadakan sidang akhbar di lokasi kejadian pada Ahad.
A
A
A

BATANG KALI - Keadaan cuaca hujan dan risiko tanah runtuh antara cabaran yang perlu dihadapi pasukan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, walaupun berdepan dengan cabaran sebegitu, pasukan penyelamat berjaya mencari kesemua mangsa tragedi tanah runtuh itu.

"Keselamatan pasukan yang terlibat dalam operasi ini turut diberi keutamaan, syukur kita bernasib baik kerana operasi SAR berjalan lancar," katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian di sini pada Ahad.

Acryl Sani berkata, tenaga kerja dan aset yang terlibat dalam operasi SAR itu lebih daripada mencukupi.

“Sebanyak 12 jentera berat termasuk aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut digunakan dalam operasi ini,” ujarnya.

Acryl Sani juga berterima kasih kepada badan bukan kerajaan (NGO) kerana memberi kerjasama dengan tidak mengganggu operasi SAR.

“Kita tidak boleh menggunakan khidmat mereka kali ini kerana kawasan tanah runtuh ini berisiko tinggi dan memerlukan peralatan khas serta kepakaran," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!