Hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dijangka berlaku hingga Rabu ini. - Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dijangka berlaku hingga Rabu ini. - Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dijangka berlaku hingga Rabu ini.

Keadaan cuaca tersebut di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan), serta Kudat.

Cuaca sama juga dijangka berlaku di Sarawak sehingga esok, membabitkan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang.

MetMalaysia mengeluarkan amaran itu pada 12 tengah hari tadi. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!