Polis Indonesia bongkar ladang ganja di Sumatera Utara
JAKARTA - Polis Metro Jaya Jakarta dengan bantuan Polis Mandailing Natal berjaya membongkar 11 hektar ladang ganja di dua lokasi di Sumatera Utara hasil penahanan lima suspek termasuk pemiliknya pada Sabtu, lapor media tempatan.
Siasatan narkotik Metro Jaya mendapati dua ladang berkenaan masing-masing berkeluasan lapan hektar dan tiga hektar terletak di Panyabungan Timur, daerah Mandailing Natal.
Pengarahnya, Mukti Juharsa berkata, tanaman ganja berusia empat bulan itu sedia dituai pada suku pertama tahun depan dan dianggar menghasilkan 55 tan ganja.
Bagaimanapun, kesemua ganja berkenaan telah dibakar dan tiada tangkapan dibuat di ladang berkenaan semasa operasi dilakukan, katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!