Frank sambung khidmat bersama Brentford

Thomas Frank
Thomas Frank
A
A
A

PENGENDALI Brentford, Thomas Frank menandatangani lanjutan kontrak selama dua tahun yang akan mengekalkannya di kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut sehingga 2027, kata kelab itu.

Frank, yang mengambil alih tugas pada 2018, mengetuai kelab London itu ke liga teratas buat kali pertama dalam tempoh 74 tahun.

Pengendali kelahiran Denmark itu membimbing Brentford ke tempat ke-13 pada musim pertama dalam Liga Perdana.

“Saya telah berada di sini secara keseluruhannya enam tahun, yang merupakan masa paling lama dalam bola sepak moden.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan yang anda berikan kepada kami - pemain, kakitangan, semua yang terlibat dengan kelab," kata Frank dalam satu kenyataan.

Frank kali terakhir menandatangani pelanjutan pada Januari lalu, dan kontraknya sebelum ini ditetapkan sehingga 2025.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!