Pesawat tentera terhempas: Dua juruterbang Korea Selatan selamat

Gambar fail - Reuters
Gambar fail - Reuters
A
A
A
HOENGSEONG (Korea Selatan) - Dua juruterbang terselamat dalam insiden pesawat ringan KA-1 terhempas di daerah timur laut pada Isnin, menurut Tentera Udara Korea Selatan.

Pesawat itu terhempas di daerah Hoengseong, kira-kira 140 kilometer ke timur Seoul, pada jam 11.43 pagi sejurus berlepas dari pangkalan udara di bandar Wonju.

Tiada kerosakan membabitkan kediaman awam dilaporkan setakat ini, lapor Agensi Berita Yonhap.

Juruterbang telah dipindahkan ke hospital berdekatan, menurut pegawai tentera. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!