SnapX perkasa komuniti e-hailing

Amir (kiri) menawarkan tiga ciri unik menerusi aplikasi SnapX Super App buat rakan pemandu dan penghantar.
Amir (kiri) menawarkan tiga ciri unik menerusi aplikasi SnapX Super App buat rakan pemandu dan penghantar.
A
A
A

DALAM suasana persekitaran persaingan sengit antara pelbagai jenama e-hailing di negara ini, sebuah syarikat tempatan, SnapX Tech Sdn. Bhd. muncul dalam pasaran dengan strategi baharu untuk menarik rakan pemandu dan pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amir Azam berkata, menerusi aplikasi SnapX Super App, ia dapat memperkasakan komuniti e-hailing dan p-hailing di negara ini.

“Kami menawarkan tiga ciri unik untuk rakan pemandu dan penghantar, pertama sekali ialah mereka boleh memilih sendiri pekerjaan yang ingin dilakukan. Rakan penghantar boleh melihat paparan pemilihan senarai penumpang, kadar bayaran serta lokasi yang perlu di hantar.

“Ciri kedua ialah pembayaran tanpa tunai sepenuhnya, yang mengurangkan risiko kepada rakan pemandu dan penghantar.

“Ciri terakhir syarikat akan berkongsi keuntungan bersama rakan pemandu dan penghantar yang berjaya memperkenalkan aplikasi SnapX kepada rakan mereka,”katanya

Dalam tempoh setahun beroperasi, SnapX berjaya mengumpul 10,000 rakan pemandu dan penghantar selain meluaskan perkhidmatan ke Pulau Pinang dan Johor.
Dalam tempoh setahun beroperasi, SnapX berjaya mengumpul 10,000 rakan pemandu dan penghantar selain meluaskan perkhidmatan ke Pulau Pinang dan Johor.

Setakat ini pihaknya berjaya mengumpul hampir 3,000 rakan pemandu dan penghantar dan ternyata konsep ini diterima baik. Dalam tempoh setahun beroperasi, pihaknya mengumpul 10,000 rakan pemandu dan penghantar selain meluaskan perkhidmatan ke Pulau Pinang dan Johor, berbanding di Lembah Klang buat masa ini.

“Sekiranya mereka merasakan berbaloi bekerjasama dengan kami, mereka akan mempromosikan SnapX kepada pelanggan. Syarikat turut memberi kredit percuma kepada pengguna,”katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!